PERSIJILAN
JPK merupakan agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan usaha untuk memperkasakan bidang kemahiran. Melalui agenda SkillsMalaysia yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2011, Kerajaan berhasrat untuk mencapai 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Menyemarakkan lagi usaha ini, Kerajaan telah mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tujuan kemasukan ke dalam 13 skim perkhidmatan awam.
Selaras dengan usaha mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia, karnival dan pertandingan kemahiran dianjurkan untuk mempromosi bidang-bidang kemahiran baru dan sedia ada di samping menarik minat lepasan sekolah dan menukar persepsi negatif masyarakat terhadap bidang latihan kemahiran. Justeru, adalah diharapkan masyarakat kini lebih yakin memilih latihan kemahiran sebagai opsyen kerjaya utama dan seterusnya menyumbang kepada usaha menjana ekonomi negara berpendapatan tinggi.
JPK berperanan menilai keperluan latihan dengan :-
- Melaksanakan program persijilan latihan kebangsaan
- Mempromosi Sistem Latihan Kemahiran
- Membantu dan meningkatkan keupayaan kemahiran individu
- Membimbing pembelajaran / penyelidikan berkenaan latihan kemahiran
- Membangunkan, meluluskan dan menyemak Standard Kemahiran Kebangsaan
- Menyelaras dan mengawal pelaksanaan latihan kemahiran bagi melahirkan K-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antrabangsa.
- Menyelidik dan membangun standard kekompetenan pekerjaan dan kepakaran bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan kearah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
- Melahirkan K-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

NOSS
NOSS adalah dokumen yang menggariskan keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut. Setiap pusat bertauliah perlulah membangunkan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri. Oleh itu, pembangunan kurikulum latihan perlulah berasaskan NOSS.
NOSS adalah singkatan kepada National Occupational Skills Standard atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
STRUKTUR PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
FAEDAH
Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia