Kolej Kemahiran Pure Technics

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN BAGI LEPASAN SEKOLAH

pembiayaan

PENGENALAN
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK
Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mmengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Syarat-Syarat Pinjaman

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK.
  • Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
  • Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
  • Mengemukakan seorang penjamin.

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :-   

  • Yuran pengajian.
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM 400 sebulan semasa tempoh latihan.
  • Bayaran premium untuk perlindungan insurans.
  • Fee pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.

Syarat-Syarat Penjamin

  • Warganegara Malaysia.
  • Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
  • Jika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
  • Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
  • Tidak diisytiharkan muflis.

Kaedah Bayaran pinjaman Latihan Kemahiran

  • Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional).
  • Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.

Bayaran Balik Pinjaman

  • Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
  • Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
  • Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.

PINJAMAN PEKERJA

pembiayaan1

PINJAMAN PEKERJA
Di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMKe-10), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan dana pinjaman peningkatan kemahiran kepada golongan pekerja.Tujuan pembiayaan pinjaman ini adalah untuk meningkatkan kelayakan pekerja sama ada secara:

  • Menjalani latihan semula (Reskiling);
  • Menjalani latihan kemahiran baru untuk menyokong kemahiran sedia ada (Multiskiling);
  • Menjalani latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap (Upskiling); atau
  • Menjalani latihan kemahiran bagi mendapatkan persijilan dari pengetahuan dan pengalaman kerja

Program Kemahiran yang dibiayai :
Kursus kemahiran yang ditawarkan dibawah program adalah program yang diiktiraf oleh badan-badan persijilan seperti berikut :

  • Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM); atau
  • Persijilan dari institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); atau
  • Persijilan dari institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); atau
  • Persijilan Profesional yang diiktiraf di peringkat Antarabangsa; atau
  • Persijlan selain daripada perkara (i) hingga (iii) diatas yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri.

Kadar Pinjaman
Kadar pinjaman adalah bergantung kepada program kemahiran dan tahap latihan yang diikuti oleh pelatih dengan nilai minimum sebanyak RM 750.00 hingga RM 24,000 yang merangkumi :

  • Yuran Pengajian
  • Bayaran Premium insurans

Fee pentadbiran sebanyak 1% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.

Syarat Peminjam
Peminjam yang layak memohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut :-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 hingga 45 tahun pada tarikh mula latihan;
  • Syarat pendapatan dikecualikan;
  • Hendaklah mengemukakan seorang (1) penjamin;
  • Mestilah terdiri daripada salah satu kategori pekerja seperti berikut;
  • Pekerja yang sedia bekerja; atau
  • Pekerja yang telah diberhentikan (retrenched) atau yang berhenti sendiri di bawah Voluntary Separation Scheme (VSS); atau
  • Pekerja yang berkerja sendiri
  • Telah berkerja sekurang-kurangnya enam (6) bulan di dalam pekerjaan sekarang / terdahulu
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang bukan daripada golongan pengurusan dan professional
  • Tidak dapat mana-mana tajaan / pinjaman daripada agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain
  • Pemohon hendaklah menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran dan penalty terdahulu (Jika ada).

Syarat Penjamin

  • Mengemukakan seorang penjamin yang nmemenuhi syarat-syarat berikut :
  • Berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM 700.00 sebulan;
  • Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan;
  • Tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu/bapa; dan
  • Tidak diisytiharkan muflis.

Kaedah Bayaran Pinjaman Latihan Kemahiran

  • Peminjam digalakkan membuka akaun Bank RHB ; dan
  • Pembayaran yuran latihan akan dibayar ke akaun peminjam dan dipindahkan secara terus ke akaun Penyedia Latihan.Bayaran premium insurans akan dibayar terus ke syarikat insurans.

Dokumen Permohonan / Penjamin Yang Diperlukan Permohonan

  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan pelatih yang telah disahkan.
  • Surat Tawaran Latihan daripada PL kepada pelatih berserta struktur yuran latihan mengikut tahap yang telah ditandatangani oleh pelatih.
  • Satu (1) salinan Pendaftaran Calon SKM / DKM / DLKM (JPK/T/1002) dan Resit Rasmi Bayaran Pendaftaran bagi program Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM).

Perjanjian

  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang telah disahkan.
  • Borang Persetujuan Untuk Mencarum Insurans Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Dokumen tambahan berikut diperlukan bagi kategori Pemohon berikut :

Pekerja yang sedang bekerja

  • Surat pengesahan daripada majikan mengesahkan bahawa pelatih sedang bekerja di majikan sekarang.
  • Salinan Slip Gaji Bulan Terkini dan Penyata KWSP / Penyata Caruman PERKESO untuk membukti telah bekerja / mempunyai pengalaman kerja melebihi enam (6) bulan.

Pekerja yang diberhentikan

  • Salinan Surat Pembentian Pekerjaan daripada majikan terdahulu.
  • Satu (1) salinan akuan bersumpah pendapatan dengan menggunakan Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (semakan-1996) yang telah disahkan (jika mempunyai pendapatan bulanan).

Pekerja yang bekerja sendiri

  • Satu (1) Salinan Penyata Pendapatan (LHDN) / Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan -1969) yang telah disahkan / Satu (1) salinan Surat Pendaftaran Perniagaaan Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (jika berkaitan)
  • Satu (1) salinan Bil Utiliti (bil air / Elektrik) yang terkini bagi pengesahan alamat tetap Pelatih dan Penjamin.
  • Satu (1) salinan gaji terkini / akuan sumpah pendapatan dengan menggunakan Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan – 1969) Penjamin (jika tiada slip gaji) dan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin.

Arahan Bayaran

  • satu (1) salinan Penyata Akaun RHB pelatih yang baru / aktif yang mengandungi maklmuat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank pelatih.

Semua permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran hendaklah dikemukakan melalui Penyedia Latihan Awam dan Swasta yang berdaftar dengan PTPK

BAYARAN BALIK PROGRAM PINJAMAN LEPASAN SEKOLAH

Bayaran balik pinjaman latihan kemahiran bagi Program Pinjaman Lepasan Sekolah adalah bermula enam (6) bulan selepas menamatkan program latihan tersebut atau enam (6) bulan selepas bayaran dikeluarkan mengikut mana yang terkemudian.

Penetapan tempoh bayaran balik pinjaman latihan kemahiran adalah mengikut jumlah pinjaman latihan kemahiran yang diluluskan. Tempoh jadual bayaran balik Program Pinjaman Lepasan Sekolah adalah seperti di Jadual 1.

 

Jadual 1 : Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran Program Pinjaman Lepasan Sekolah

Bil Jumlah Pinjaman Yang Diluluskan Tempoh Bayaran Balik
1 RM1,000 12 Bulan
2 RM2,500 30 Bulan
3 RM3,000 36 Bulan
4 RM5,500 66 Bulan
5 RM7,000 84 Bulan
6 RM8,500 102 Bulan
7 RM10,000 ke atas 120 Bulan

Program Pinjaman Latihan Kemahiran Lepasan Sekolah mengenakan caj pentadbiran atas kadar tiga peratus (3%) setahun ke atas baki berkurangan mulai tarikh bayaran balik bermula.

Peminjam/ penjamin boleh memulakan bayaran balik pinjaman tanpa perlu menunggu surat/ notis peringatan daripada PTPK.

 

BAYARAN BALIK PROGRAM PINJAMAN PEKERJA

Bayaran balik pinjaman latihan kemahiran bagi Program Pinjaman Pekerja adalah bermula pada bulan berikutnya selepas menamatkan latihan.

Penetapan tempoh bayaran balik pinjaman latihan kemahiran adalah mengikut jumlah pinjaman latihan kemahiran yang diluluskan. Tempoh jadual bayaran balik Program Pinjaman Pekerja adalah seperti di Jadual 2.

 

Jadual 2 : Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran Program Pinjaman Pekerja

Bil Jumlah Pinjaman Yang Diluluskan Tempoh Bayaran Balik
1 RM1,000 6 Bulan
2 RM2,000 12 Bulan
3 RM4,000 24 Bulan
4 RM6,500 39 Bulan
5 RM10,000 ke atas 60 Bulan

 

Program Pinjaman Latihan Kemahiran Pekerja mengenakan caj pentadbiran atas kadar satu peratus (1%) setahun ke atas baki berkurangan mulai tarikh bayaran balik bermula.

Peminjam/ penjamin boleh memulakan bayaran balik pinjaman tanpa perlu menunggu surat/ notis peringatan daripada PTPK.